Langkau ke kandungan
Logo Tanjung Venture — pakar telaga tiub dan penyelesaian air bawah tanah

Projek

Rekod kerja yang boleh disemak

Penglibatan kami merangkumi projek minyak dan gas berskala nasional, kerja kajian untuk agensi kerajaan serta infrastruktur lebuhraya — selain kerja telaga domestik, pertanian dan perindustrian.

01
  • Minyak & Gas
  • Groundwater Modeling
  • Johor

Projek RAPID — PETRONAS Pengerang Integrated Complex

Groundwater modeling & kerja telaga

Penglibatan dalam kerja pemodelan air bawah tanah (groundwater modeling) bagi kompleks bersepadu berskala besar di Pengerang, Johor — kerja yang menuntut ketepatan data akuifer dan pematuhan prosedur keselamatan tapak minyak dan gas.

02
  • Sektor Kerajaan
  • Telaga Kajian
  • Kelantan

Medan Telaga Tok Jaffar, Kota Bharu

Telaga kajian — Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

Kerja telaga kajian bagi medan telaga Tok Jaffar untuk agensi kerajaan, meliputi penggerudian telaga kajian, ujian pengepaman dan penyerahan laporan teknikal bagi menilai keupayaan akuifer kawasan tersebut.

03
  • Infrastruktur
  • Rawatan Air
  • Lebuhraya

Sistem Rawatan Air RnR Lebuhraya Pantai Barat (WCE)

Reka bentuk & pemasangan sistem rawatan air

Pembekalan dan pemasangan sistem rawatan air bagi kawasan Rehat dan Rawat (RnR) di Lebuhraya Pantai Barat — memastikan bekalan air terawat yang stabil untuk kemudahan awam dengan trafik pengguna yang tinggi.

Operasi penggerudian telaga tiub di tapak projek

Ada projek yang memerlukan kontraktor telaga tiub berdaftar?

Kami biasa bekerja dengan perunding, kontraktor utama dan agensi yang memerlukan dokumentasi teknikal lengkap dan pematuhan prosedur tapak.

Hubungi Pengurusan Projek

Skala Kerja

Daripada telaga rumah kediaman sehingga kompleks perindustrian

Sama ada anda memerlukan satu telaga untuk kegunaan ladang atau sistem bekalan air lengkap untuk kilang, skop kerja kami disesuaikan mengikut keperluan sebenar tapak anda.